Bekam pada umumnya adalah untuk meringankan gangguan pada
organ dan saraf & apa bila dibekam di tempat yang ada gangguan, terutama
kerana gangguan terlebihnya darah atau darah kotor atau kedua-duanya.
PAKEJ BEKAM : 10 Titik Bekam Hijamah Rasullullah
10 titik Bekam Hijamah Rasulullah
Sebagaimana Berikut:
1. Titik-titik bekam yang disukai
Rasulullah SAW ialah selain diatas kepala, di kedua urat leher Rasulullah SAW.
Ia dapat mencegah: sakit kepala, sakit di bahagian wajah, sakit di gigi,
sakit telinga, sakit di wajah, sakit hidung, sakit bahagian tekak
2. Di bahagian tengkuk pula dapat mencegah sakit di
bahagian:- tekanan darah pada tengkuk
- rabun dan benjolan di mata
- berat pada alis dan kelopak mata
- penyakit mata yang lainnya
3. Bahagian bahu pula bagi dapat menghilangkan rasa sakit @
stress/tekanan pada bahagian bahu.
4. Di bahagian pinggang pula bagi menghilangkan sakit
pinggang dan juga lenguh-lenguh.5. Di bahagian betisBahawasanya Rasulullah SAW
melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang.
(1) Abu Dawud ada menyebutkan dari hadith yang diriwayat
oleh Jabir mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam di bagian
atas pinggangnya karena sakit lenguh-lenguh yang dideritanya. Bahagian lain
tubuh boleh di-bekam sesuai tempat yg mereka deratai selama bukan area/tempat
yang dilarang di-bekam. Haruskah sebulan sekali kita di-bekam? Jika kita ingin
terbebas dari gangguan penyakit yang diakibatkan darah kotor atau sebagai tindakan
penjagaan dan kewaspadaan kita terhadap penyakit, maka sangat baik bekam
dilakukan sebulan sekali. Dan agar tubuh kita lebih sehat lagi, maka lebih baik
setiap pagi dan setiap hari kita meminum Madu.
(2) Yakinlah akan kebenaran Rasulullah SAW dan Rasul pastinya
Baginda tidak pernah berbohong. Siapakah yang lebih benar kata – katanya
daripada Rasulullah SAW? Baginda telah menunjukkan kepada kita cara perubatan
yang diamalkan sendiri oleh Baginda.
Panduan dari hadith-hadith ada mengatakan bahawa Rasulullah
saw pernah melakukan bekam/al Hijamah di bahagian kepala baginda ketika dalam
keadaan ihram kerana sakit kepala, Rasulullah SAW juga berbekam ketika termakan
racun yang diletakkan oleh wanita Yahudi ke dalam daging kambing yang
dihidangkan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat di Khaibar, Rasulullah SAW
pernah berbekam di ’akhdain’ dan ’kahil’, serta di antara dua bahu Baginda.
(katifain) Rasulullah SAW pernah berbekam pada pinggangnya kerana sakit yang
ditanggung seperti kata hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud. Rasulullah
juga pernah berbekam di ’malal’ yakni pada bahagian belakang kaki baginda dan
baginda saw berbekam pada 17,19 dan 21 haribulan hijrah sepertimana tersebut
dalam sebuah hadith :” Rasulullah Saw telah berbekam di ’akhdain’ dan ’kahil’
dan baginda berbekam pada 17,19 dan 21 haribulan Hijriah” ( Riwayat Ahmad wa
Turmuzi wa ibnu Majah)
Titik Bekam Rasulullah SAW. Berbekam merupakan perubatan
Sunnah dari Rasulullah SAW pada hari ini semakin terlupakan dan dilupakan oleh
umat Islam sendiri dan mereka meninggalkan faktor keberkatan di dalam perawatan
dan perubatan, malah berbekam sekarang lebih banyak diamalkan di Barat
sedangkan pernah diceritakan di dalam sebuah hadith, ketika mana seorang
sahabat datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu bahawa ia sakit kepala, maka
Rasulullah saw berkata 'Berbekamlah kamu!".
Disamping faktor kesihatan pada berbekam, faktor yang paling
penting dan utama ialah terdapat ciri ibadah sehinggakan para malaikat Allah
sendiri yang menganjurkan kita semua supaya berbekam. Berbekam merupakan
perubatan wahyu dan bukannya hasil daripada kajian,eksperimen ataupun hipotesis
manusia seperti kebanyakan perubatan moden pada hari ini. Daripada Ibnu Mas’ud
sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ' Sesungguhnya aku telah melalui
sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah taala dan mereka telah
berkata 'WAHAI MUHAMMAD, SURUHLAH UMATMU BERBEKAM' diriwayat oleh Turmuzi Wa
Baihaqi.
Sila layari sesawang Bersekutu di: